Monday, March 12, 2012

khas buat perasaan

perasaan.

tolonglah perasaan. rindu ini cuma sementara je. aku minta kau tolong bersabar okay. aku pun tak mampu  macam kau juga. lagi lah aku ni yang menanggung.

kadang dah terlalu letih. aku sedang bertarung, perasaan. bertarung untuk cari mana letaknya kekuatan. agar aku bisa terus bertahan. jadi tolong jangan paksa aku. aku harap kau faham, perasaan.

hati mana yang tak rindu. hati mana yang tak menangis bila rindu bertandang. aku juga.

bila duduk sorang-sorang. pandang luar tingkap. termenung barang seminit dua. apa je yang aku fikirkan kalau bukan kesayangan. perasaan lagi yang buat aku jadi macam ni. tu la perasaan. siapa suruh tak nak faham aku.

aku dah pesan. kan.

aku ni lemah. lemah bak ais di campak kan ke dalam air panas. cair dengan kadar segera. itulah aku. tak kuat nak lawan perasaan.

bila terlalu ikut emosi, semua rasa tak kena. penat cuba alihkan perhatian. penat cuba sibuk kan diri dengan benda entah apa-apa. tapi yang jadi akhirnya airmata.

perasaan, sekali lagi aku mohon dari engkau. jika kau masih nak bersama dengan limpa, jantung serta paru-paru yang ada dalam tubuh badan aku ni untuk jangka masa yang lama, sila cuba untuk faham.

nanti bila dah tak tertahan, nyah kau perasaan. mahu?

aku masih mencuba. masih berharap ni.

Allah, tolong kuatkan aku ye. mohon beri kekuatan pada kesayangan aku juga. dia juga perlukan kekuatan dari-Mu.

lesson in life





me: because i do love him, wise man :)



i don't promise you a perfect relationship with me, but i promise to stay as long as u tried
 

Thursday, March 8, 2012

perit

bukak balik album lama. eh aku jumpa yang ini. hati kata, eh aku pernah kenal kau la. kan kan.

dulu, dulu, dulu, dulu time sekolah ramai orang ingat kami twins. cikgu, cikgu, cikgu, cikgu serta orang yang tanya jalan pun ingat kami takdir lahir kembar.

tapi malangnya, tidak.

dulu, dulu, dulu, dulu kat sekolah duduk sebelah dia ni la. we known since form 1. jadi, aku rasa patutlah aku satu kelas dengan dia sampai form 5. okay, silap. form 2 je kelas lain. tettt.

act, it's been a while since aku lepak dengan dia ni. betul. 





tapi sayang berjuta kali sayang. 

aku tak tahu mana silapnya.  orang kata, tak semestinya dia yang dah lama kita kenal, akan bersama dengan kita selamanya. dan aku rasa orang yang cakap tu tak tipu. betul.





maaf. aku bukan manusia sempurna. apatah lagi punya kuasa hebat nak lawan takdir Allah. bila kita jauh terpisah, aku hanya mampu tersenyum.

dan berfikir kenapa.

sedar dan aku tahu. kita dah tak rapat macam dulu. 
aku tahu Allah sudah atur rancangan untuk aku dan kau.

she used to be my friend. my best friend. but then we become strangers again. 

distance create a gap between us. a long, long and very long gap.
i've tried to built a bridge on it, fatin. but then, it fall. again.

#2006-2011-until now
i miss you much and sorry :)
*gambar saja aku buat x-large, dah cukup untuk kau tahu bukan?

Monday, February 27, 2012

tak perlu

pelik. pelik kenapa manusia ni suka sangat cemburu dengan orang lain. terima lah kelebihan yang Allah tak bagi pada kau tu. tak perlu jealous. sebab ada hikmah kenapa kau tak di beri nikmat sebegitu. mungkin Allah tak nak. tak nak bagi takut kau akan takbur. kan lagi dosa.

Allah cipta manusia semua sama. ada sebab kenapa  setiap orang memiliki kelebihan masing-masing. jadi apa yang kau sakit hati sangat? sepatutnya sentiasa bermuhasabah. tanya diri sendiri kenapa aku jadi macam ni.

orang cantik sikit, jealous. orang happy sikit, jealous. orang cuba buat kelainan sikit pun nak jealous. haih. inilah kalau dah nama manusia. hidup tak pernah puas. kalau boleh asyik dia je nak lebih. orang lain tak perlu sama level. kejadah.

bukan apa. cuma aku rimas dengan orang yang jenis macam ni. tak senang duduk dengan apa yang orang lain ada. apalagi kau nak? masih tak cukup? tapi aku rasa sudah cukup kan dengan apa yang Allah kurniakan pada kau sekarang. itu pun aku  tengok makin buat kau lagha. apa cerita?

aku sedar lumrah hidup manusia memang macam ni. aku pun manusia macam kau. aku pun pernah rasa cemburu dengan orang lain. tapi takdelah over. macam kau.

takpelah. sebab satu hari nanti aku yakin kau akan sedar yang jealous kau ni tak akan sampai kemana pun.

lebih baik kau check diri kau dulu, mana tahu kau punya kelebihan yang orang lain tak ada. mungkin boleh buat kau bangga sikit. jadi tak perlu la nak jealous lagi dekat orang lain. kan.


people, jangan terlampau kesah kalau ada orang jealous dekat anda. itu bermakna anda di atas mereka dan mereka di bawah. so, keep your head up.

tapi kalau aku, aku datang dekat diorang. nak cakap kuat kang takut tersedak. aku pandang mata kau sambil berbisik, "hai, jealous ke?". ouh ye. sambil buat muka macam dalam gambar ni. 

kbye :)

Wednesday, February 22, 2012

Saturday, February 18, 2012

instrument biru

kau berwarna biru. warna kesukaan aku. aku rindu kau . entah kenapa aku teringatkan kau. kita tak rapat. tapi aku pernah jumpa kau.

masa pertama kali, aku tak tahu engkau milik dia. aku tak tahu kau kepunyaaan dia.

tapi bila aku dah jadi milik tuan kau, baru aku tahu kau ni kegemaran dia. dia akan mainkan kau bila dia bosan. dendangkan pelbagai jenis lagu melalui engkau. malah ciptakan lagu untuk aku juga menerusi kelunakan petikan tali kau.

untuk beberapa bulan permulaan kisah aku dan tuan kau, aku masih ingat lagu pertama yang dia ciptakan untuk aku. lagu pertama yang dia bagi pada aku. lagu tu best. sedap di dengar. tajuk nya cinta hatiku.  

ye. aku masih ingat. kenangan lalu untuk aku kenang mengaitkan aku, kau dan dia. sebak bila terbayang balik macam mana dia berlagu depan aku menerusi engkau. tak mampu bersuara. hanya senyuman sebagai tanda terima kasih sebab sudi nyanyi untuk aku.

untuk kali kedua, aku dapat lagu sumber ilhamnya juga daripada kau. kali ni melalui call super saver tengah malam. dia kata ada lagu lagi untuk aku. nak suprise tak jadi. bila dapat je lagu tu, terus aku dengar. kali ni gelak yang teramat sebab lagu nya kelakar dan sangat jujur. bertajuk kisah semasa remaja. bait lagunya macam ni;


"bila besar nanti saya nak kawin dengan izyan,
dia juga cakap nak kawin dengan saya,
saya sayang izyan sangat......"
:)


tapi, tu lagu terakhir yang aku dapat. lagu terakhir juga yang ciptaannya dari kau.

sampai saat ni aku masih mengharap ada lagu lagi untuk aku. aku nak dendangannya menerusi kau. walaupun sekarang tuan kau dah punya teman baru, tapi aku yakin, dia masih perlukan khidmat kau. sebab kau adalah yang pertama buat dia bukan.


pertama kali aku jumpa kau. pertama kali juga aku dan tuan kau bersama. dulu indah. bila ada kau, adalah lagu. adalah nyanyian. adalah music. tapi sekarang dengar lagu dekat handphone je. muak. bosan. kan seronok kalau dapat tengok kau beraksi live dengan tuannya lagi.

apa pun terima kasih sebab pernah buat aku gembira suatu masa dulu. lupa? tidak. mana boleh lupa kau  kalau aku lupa kau,
sama macam aku lupa tuan kau. ehh boleh ke macam tu? :)